..Terpikirkah kita???
Dicatat oleh
gadizzkuingincinta
/ 4:58 PTG /
Sesuatu yg anda x perasan @ terfikir...
Sesuatu yg anda x perasan @ terfikir...
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.
3 . Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
1 0. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
sebaliknya.
11 .Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak
akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang
bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya
seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi
sepanjang hidup untuk melupakannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
~Sebarkan Ukhwah Dengan Teguran Anda~