Alhamdulilah..Jannah nak dapat adik!!!
sALAM SAYANG SEMUA SAHABAT.. LAMANYA TAK MENULIS DISNI..TIBA2 TERINGAT HEHEHE SB ADA BERITA BAIK... ALHAMDULILAH JANNAH NAK DAPAT ADIK DAH...SYUKUR REZEKI... TU JE DULU..KASI WARMING SIKIT HAHA
~ Time rajin edit gambar ~
Bila Jannah mula bertatih..
~ SALAM SAYANG BUAT SEMUA SAHABAT ~ Sekian lama x menulis dalam blog ni tiba2 je arini menjengah hahha.. anyway best sbnarnya kalau rajin melayan dan menulis ni namun sejak menjak ni le malas sungguh hahhaha anyway nk try merajinkan diri la pulak kt sini...so dimulakan dengan update gambar terbaru si bidadari comel kami yg dah menginjak usia 9 bulan..alhamdulilah sayang kami ni membesar dengan cukup cemerlang dan terbaik..terima kasih Ya Allah...semoga Nur Husnatul Jannah menjadi anak solehah dan insan yang paling bermanfaat pada insan lain..aminnn
~ Dimulakan dengan Bismillah~
Salam semua kawan2... alhamdulilah..akhirnya kembali menulis walau x tau serajin mana lepas ni nk layan blog hahaha ni semua sb adik le asyik suh tgk blog dia...so leh la layan jap hehehe just nk tayang muka my baby comel je la buat masa ni..leh kan hahahah
~ Bila dah lama x update..~
~ selamat hari lebaran~
~ Lamanya x update!!! ~
salam semua geng yg disayang..
mmg lama sgt x update ni..macam2 nk kena wat dan yg plg pasti sb malas hehehe...aduhai camner nk jadi rajin ni..nk up citer mmg banyak tp malasnya aduhai.......
rasa cam nk rajinkan diri balik la..leh ke? tgguu
~ Oh Apak! Saya mahu kawin heheh..~
Salam insan yg disayang2...
wah kena update gak blog ni walau bz ehhe..rasa cam malas je skrg ni..maklum la byk lg benda nk kena ngadap...
ha korang mesti msykil napa la kt bz benar semenjak dua menjak ni kan heheh...SUPRISE!!! ahhahah x kisah la kalau korang buat2 terkejut pun kan..anyway kt nk kawin!!!!..wah best la pulak..x sangka pun ada... lbh kurang 2 bulan tunang terus la nikah...so apalagi kawan2 semua dijmput hadir tau....kat sini kt attachkan kad comel kt..macm2 reaksi kawan2 bila dapat kad jmptan ni hehehhe...jgn jelessssss..
ha pe perasaan korang tgk kad comel kt? hahahah apa yg pasti ni la yg mampu dan terbaik dpt diberi..
pd kawan2 semua peta ada kt sini berserta alamat so..jgn malu2 dtg le bawak kawan2 , kuarga dan mereka yg anda kenali yer..x kenal jgn buat2 kenal ahhaah
doakan semuanya lancar dan diberkati..amin
~ Tolong!!! Lamanya Tak layan blog !!! ~
~ Bersikap positif di tempat kerja ~
sALAM INSAN YG DISAYANG2..
HA LAMA DAH X LETAK APA2 TIPS KE PERKONGSIAN MOTIVASI DAN KALI NI ADA NOTA YG RASANYA MENARIK BUAT SEMUA KAWAN2 YG BEKERJA SAMADA SNDIRI @ NGAN MAJIKAN CAM KT NI HAHAH....SILA RENUNGKAN YER..
PAKAR motivasi ada berkata, 'Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila anda menyukai perkara yang anda lakukan'.
Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini?
Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukannya akhirnya memberikan maksud yang amat ketara.
Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka. Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya.
Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya. Bertambah rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda tidak suka dan tidak suka melakukannya.
Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan semata-mata cita-cita tetapi adalah satu tanggungjawab. Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti anda memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaiknya.
Berikut ialah lima tip untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:
1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah.
Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda.
Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.
2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan.
Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.
3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.
4. Tekad untuk jadi lebih baik
Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya?
Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.
5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat.
Ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara.
~ Sambutan Inovasi kat Stadium Bukit Jalil ~
Salam insan yg disayng2...
ha ni pi x dirancang saje je sb rasa lama x pi ikut mana2 aktiviti opis..kebetulan ada majlis ni yg dirasmikan YAB PM kt malam kat stadium ni...punye le ramai lepas tu jalan jem dan ktorang sampai semua seat agak penuh dan x dapat goodies bag...iskh x best tul..
anyway dapt tgk persembahan alhamdulilah la...dpt tgk stacy, faizal tahir hahhaha walau dari jauh..kecik je diaorang ni haahahha..ni ada la gabr sikit2 snap lg pun x selesa duk kt krusi dia yg rasa nk menjunam tu hahahha
ramai yg pi 1 bas cuma duk dah berterabur...ni je budak2 yg dekat dapat la snap buat kenangan hahah layannnnnnnnnnnnn
~ Pameran Kucing di PICC ~
Salam insan yg disayng2...
ha akhirnya kan dapat gak pi pameran kucing camni..mmg lama ngidam tau suka sgt bila dapat tau ada pameran area sini...so apa lagi adik pun datang dan kami sama2 mmg antu kucing hahahaha
tp x bestnya tuan2 kucing semua sombong x bg pegang ke dekat ngan kucing sb konon takut la apa2 kan yela pertandingan.ingat kt ada virus ke ahhahah..anyway ada gak yg ok leh smbang2 leh usap2 sikit la bulu kucing hahaha
walau x puas ada gak la kenangan tgk dari dekat camner la kucing2 ni diadili...comel2 belaka dan ada gak yg kureng comel lg2 kucing yg spesis cam kurus tu ngeri hahaha
so korang layannnnnnnnnnnn
~ Besday Beramai -ramai di kampungg ~
Salam insan yg disayang2 semua,..
ok kali ni cam biasa la agenda di kalendar kuarga en talib adalah majlis sambutan besday 3 kali setahun,...kumpul punya kumpul mmg meriah..ngan macam2 hadiah fuh berbaloi2..
kiranya kali ni sambutan terakhir besday bg tahun 2010 so..apalagi termasuk la empunya diri ni maklum la lahir hujung2 bulan hahaha...sambutan lebih dari 20 org so.. menjadikan majlis meriah la sgt hahhahah
nk citer smua x larat, korang layan je gamabr...jgn jeles sudahhhhhhhhhh hahhah
~ Niat Murni Belanja Kawan ~
Salam insan yg disayang2..semoga sihat selalu..
sebenarnya x tau nk mula dari mana bila lama sgt x update so pi la search gambar2 start dari tarikh akhir update so try rajin2 masukkan kt sini hahhaha..so korang jgn pening2 lak baca tau sb mmg lama dah ni dari bulan 9 tahun 2010..so ada 3 bulan tertunggak hutang posting harus dibayar hahahhahah..
ok la dimulakan ngan sesi banjer makan kawan opis..anyway mereka ni kawan2 baru la sb opis pun kira baru kan..nk dijadikan citer kena wat OT so ada le beberapa jam dan hasilnya dapat la banjer budak2 ni yg beberapa kerat jer...
yg pasti mmg sedap ayam penyet di cyberjaya ...dapat gak kuar banjer diaorang walau x semua ada just 2 org pun cukup la..yg lain tapau hahha..
so korang layan la gambar ni ek..sapa yg terlibat tu jgn sengeh sorang2 sudah haahha